4 Tanda Lelaki Serius Dalam Perhubungan


Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka-
Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga. Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.

Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat-
Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka. Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan-
Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. Tiada perasaan tanggungjawab didalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.


Berkongsi masalah-
Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka. Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.

p/s : awak xlulus lagi kan..??
SUMBER
Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Comments
8 Comments
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

8 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

belom ade kowt

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

huhuhu hopes2 satu ary nanty ade keh..??

shamyheart berkata...

dah ada. ttba dia putuskan hubgn tanpa sebab. Bagai nak gila rasanya.. Haha~

Kembali solo.

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

hohoho...tu lah psl..bile dh ade mcm tu..kne tgl lak...sedih gile seyyhhh

Pendamba Mawar berkata...

saya da lulus ni..awek je xd.hahaha

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

pedamba : hahah mne leh lulus kalo macam tu..

msredcheesecake berkata...

mr bf msred da lulus sumer...da jadi hubby da... hheee

salam kenal yea...

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

msred ! wahhh untung lah.semoga kekal ke akhir hayat keh syg !

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ