Baru aku faham Erti Kasih Sayang.... hurmm...

Views





Malam ni aku baru ada kekuatan nak menaip blog kesayangan aku ni..Serius aku menaip dengan penuh rasa hiba..sayu... putus cinta pun aku tak rasa macam ni tau..

Hari rabu lepas. lepas je last payyyper ( versi johan ) dapat massage dari clasmate lelaki aku..ajak pergi mandi sungai..memandangkan .minggu ni minggu terakhir aku bersama diorang..kemana diorang ajak..aku pergi...
Hari rabu ni tak terasa sangat..just fun... malam tu pulak .. pergi karaoke dan lepak dekat DATARAN BENTONG makan laksa ramai2... mak IEDa belanja ...


KARAOKE MALAM TERAKHIR DI BENTONG
DATARAN BENTONG MAKAN2 DENGAN BUDAK RUMAH..

Then keesokan hari nya... Majlis Pra Graduasi di kkben..waktu ni la yang aku sebak sangat... semua LEcturer aku pergi peluk...aku jumpa mintak maaf..Terutama sekali cik NISA . cik SHAKY cik ZAZA... tu antara 3 yang paling rapat dengan aku..dan tak lupa buat cik AZIMAH.cik FAZILAH..cik HAZILA..dan cik MIMI..dan semua lecturer kolej komuniti yang mengajar aku selama dua tahun ni.. 


PELUK ERAT2 TAK NAK LEPAS...LECTURER KESAYANGAN AKU 
CIK NISA GOJESH !!
WITH LOVE.. CIK SHAKY YG HEPY GO LUCKY !! 
PENSYARAH KELAS STM PUAN ZAZA YG SPORTING HABES !!
WITH LOVE MY DEAR FRIENDS N LOVING LECT ...
I WILL REALY MISS U CIK NISA :'(
PENAT BERPOSING AKHIRNYA...JADI BOMOH AKU KAT TENGAH2 TU HAHA !!
KAMI DAH GRADUATE... !! BEBAS !! :)
SPORTING STP.. I WILL MIS U GUYS !!.... 

SPORTING SPP... I WILL MISS U FRIENDS :'(

Malam tu pula...aku dan budak2 rumah pergi ke star mall mentakab... menikmati malam terakhir bersama..malam ni tak banyak cakap..semua gelora je dalam hati ni... Malam tu just tengok wayang cerita BOHSIA 2 (jalan kembali)..terbaik lah cerita tu... gelak satu panggung..walaupun masing2 tengah sedih..sekurang2 nya..terhibur hati lara..


DAH BELI MAKANAN MASA UNTUK WAYANG !!

PENING KEPALA NAK CARI HADIAH.... ISHHH MANA SATU YG OKE NIE???

Lepas je balik dari mentakab..terus gerak pergi ke bentong... nak pergi jumpa si RAZMAN clasmate aku jugak..sebab dia dah balik ke RAUB petang tu..tak sempat nak jumpa so postpone ke malam..open table..sendiri bayar..kenyang jugak malam tu... Esok hari pulak puan ZAZA buat jamuan sarapan pagi yang tak berapa nak pagi.. tu lah last aku jumpe semua lecturer dan kawan2..

Dah semangat beli hadiah semalam..pergi dekat meja cik... tak ada orang... sedih... dah siap minta semua lecturer signature kat dlm buku diari aku..tapi cik kesayangan aku pulak hilang pagi tu..So dengan rasa hiba hati nya..aku pon letak la ..hadiah yg aku penat2 cari semalam berserta note yg kuciwa..Sob3... ..

PICTURE NI AKU CURIK DR FB CIK TU :'(
MUKE SEDIH :'(

Walau apa2 pun...aku tetap happy selama dua tahun belajar dekat kkben ni... Serius..baru sekarang aku kenal erti kasih sayang antara manusia... Duduk kat sana ..aku tak pernah rasa terpinggir... Lect semua dah macam KAWAN ... dah macam AKAK n ABG sendiri... KAwan2 pula semua nya ada saat susah senang aku..mana aku nak cari ganti semua ni???


Ya Allah sungguh aku tak kuat dengan perpisahan kali ini... hurmmm....

BERBARING DI ATAS RUMPUT DI KKBEN BUAT KALI PERTAMA DAN TERAKHIR...
MENTANG - MENTANG AKU GEMUK..SEMUA DUDUK TINDIH AKU YG COMEL NI...
SIAPA LOMPAT TINGGI...??
MELOMPAT MENGGAPAI BINTANG KEJAYAAN BERSAMA ..
YUNAJWA YG TAK BERAPA NAK FAMOUS ! HIHI

P/S : tak akan terganti...setiap kenangan yang telah terukir.. sahabat... pensyarah... kawan2 semua... wafiddunia..wal akhirah...Aku tak nak semua ni cuma berakhir disini... Jumpa di syurga .. <3






Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Persiapan menuju alam barzakh...

Views




Rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam sabdanya diriwayatkan oleh al-Baihaki yang bermaksud:

“ Orang yang mati dalam kuburnya tidak ubah seperti seorang yang sedang kelemasan meminta pertolongan. Dia sedang menunggu hingga sampai kepadanya rahmat sesuatu doa daripada bapanya, saudaranya ataupun sahabat handainya. Jika sampai doa kepadanya, maka itulah yang amat disukainya berbanding dengan segala isi dunia. ”

Antara persiapan yang perlu di lakukan di dunia sebelum  bermalam di alam barzakh buat selamanya adalah seperti yang tertera di bawah :
  

Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.

Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.

Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.

Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.

Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya...Wallahualam.... Semoga kita tergolong dalam Syurga NYA .. Amin..




Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ