NAK TAHU TENTANG LELAKI X..........?

Views

Semalam aku tulis entry sal 2O PERKARA PEREMPUAN XSUKE TENTANG LELAKI..hehe..oke ary ni ..nak senarai kan list lelaki xsuke perempuan yg mcm mne kan..nak tahu tentang lelaki x..??...hehe...baru lah fair kan kan kan..??

1: Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu. mean.perepmpuan tu nampak kemas lah..bia xcntek..asl kan kemas,..:)

2: Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 
Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita...sbb takut pompuan ni curang lah tu hehe..:) 

3: Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. untung lah sape yg mereka syg tu kan....agk2 ad x yg egt aku sebelum dowg tdo kan..??

4: Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. means...terima ape ade nye lah tu.leh cye ke..?? lalalalalaa..

5: Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. isau gak kalo awek mereka tu gile ke kan hehe..xpon ade lah tu mende nak mntak...

6: Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. 

7: Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. omg ! tu yg slalu aku ctew kan ..hhohoho..maap lew xsengaje...perempuan pon sme gak xsuke laki ctew sal ex dye kalo nak tw yek...

8: Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka. dasyat kan..??

9: Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. ehem2...yeke ni..?? ke nak amek aty jek..

10: jangan xpercaya...Lelaki juga akan menangis. 

11: Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan. lelaki kan ego kak ! heeee

12: Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan. jage2...

13: Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga. tapi jgn kowg pkai sentuh jek laki owg..kalo suami korg xpe lah haha..

14: Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.ishhhhhhhh

15: Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’ haha yeke ni.?? hope2 lah..pompuan kan suke jual mahal..

16: Lelaki amat sayang ibu mereka. bagi mereka ibu adelah segala nya..kalo dpt lelaki mcm ni..confirm dye pndai menjaga aty korang...percaya lah ckp aku..

17: Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros. wah !! romantik kan kan kan..:)

18: Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia. ye kan ajek...

19: Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. nanty cik abg kite bosan lak ! grr..

20: Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka. mungkin lah ..huhu

21: Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka. sebab mereka ase mereka serabai kot..tp kalo jenis yg kemas tu ..smpai baju sndri pon xbagi isteri iron kan..:) senang kalo aku dpt suami cmtu lalalala..

22: Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki. 

23: Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai. ..

24: Lelaki lebih banyak berfikir. 

25: Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja. 

26: Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka...omg..?? sah2 lelaki xsuke pompuan gemuk cm aku..kesiann..:(

27: Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun..eks..?? ntah la..senang jek dye nak lepas kan aku...sokmo pas 3 tahun lah aku kene cerai..trauma aku...

28: Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik. 

29: Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. go baby goo!!~ ~..

30: Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting. 

31: Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak. naseb bek aku pndai lah jugak ckit2..:)

32: Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda. 

33: Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.... 

34: Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan. harap maklum kak..mereka ni kuat cemburu...

35: Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua. 

36: Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.kau mengada x yunk...?? 

P/S : huhu penat kan membace ,pape pon enjoy lah keh..jgn lupe tekan button like tu...n folow sy jike ad blog..tenks yawww..!!~ 


Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Comments
3 Comments
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

3 ulasan:

Edy Fee berkata...

sape tak marah ade mamat lain nak rampas milik kita.hahaha

Pendamba Mawar berkata...

12,15 like!!!!

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

hihihihi edy : amboi marah nget gaye nye ehhehee....pedamba mawar : tenks yaww !~

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ