PERINGATAN UNTUK SEMUA : tanda - tanda kecil telah sempurna..

PERINGATAN DAN MUHASABAH DIRI UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG ACU...

Disaat kita sedang lena tidur, ketika itulah kiamat akan datang, dan kite semua akan kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir...kongsi kan lah ilmu ini bersame2... manusia sering lupa..begitu jugak aku...tanda2 kecil yg telah sempurna..


1) Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
  • “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
  • “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
  • “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
  • “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
  • “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
16) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.
  • Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawap; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.
  • LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN WANITA MENYERUPAI LELAKI seperti di zaman nabi luth.. (gay dan lesbian )
17) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
  • Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan faqir dan pengembali kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.

Kini.. Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslim)

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat..

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


          Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw.bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yangmengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.

           Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akanmerosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. 

          Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

sumber : cahayaislam.net
sumber : google
p/s : renung2kan selamat beramal

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Comments
19 Comments
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

19 ulasan:

Nyamuk Terbang berkata...

serius takut

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

nak xnak menda nie dah jadik semua...hurmm

mAy Lee berkata...

scary and the only thing that goes into my mind now is my mom and my dad.. OMG.. please let us be among those who have faith in You.. amin.. huhuhu

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

betuk tu,,,AMIN

NURFARAH SHAHIRA berkata...

semuanya dah jelas.perjalanan ni makin singkat.semoga kita dikalangan umat islam yg beriman

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

Amin2...MOGA2 KITE SEMUA ..duduk dikalangan tersebut..

atiqa aris berkata...

ish seram la.sama2 la kite byk2 kan ibadat ye..

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

insyaAllah..~

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

insyaAllah..~

XIX Dragunov berkata...

asap yang keluar dan mengakibatkan penyakit tu, mematikan orang beriman semua orang kafir atau beriman.. mintak check balik... sbb kalau salah fakta ni bahaya. wasalam

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

sumber google..rase nye betul dah tu.. byk yg baca mcm tu

Unknown berkata...

menakotkan... harap dpt di beri peringatan buat kita semua...

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

betul tu awk :)

mummyrinazone beauty berkata...

eii mmg ada perkara kat atas tuh skang ngah berlaku=(semakin takottt

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

kan menda tu memang tgh berlaku... kite jek kadang maseh mimpi xsedar2

aydah ahmad berkata...

subhanallah . takutnye . kiamat kecil sudah ade . hmmm .

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

tanda - tanda kecil telah sempurna

akuamir berkata...

T.T

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

:P

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ