Feeling not well.... Cakak omputih gitu !!...

 

hye guys !! hari ni just nak citer santai2 jek k... hehehe.. Semalam kan Acu MC xpergi praktikal pon.. So kisah nye nak cerita apa yang berlaku semalam lah kan. Pagi2 lagi dah mengenakan pakaian serba putih dah macam nak mati pon ada rase nya.

Masuk2 je klinik tu.. Ada sorang nurse tu dok sengih2.. mungkin dah cam muke Acu ni .. Asyik ke klinik tu je kan semenjak dua menjak ni hehe...So ambil la no giliran. Rasa macam koya sangat hari ni.. Selama ni kalau pergi klinik confirm berteman.. Kali ni duduk sensorang mengadap kaunter nurse tu...

Sikit2 dia dok bisik dengan kawan dia..Heshhh !! mengumpat ke apa minah ni... Tapi tak ape cool lagi cube berfikiran positif. Senyum2 mereng kot ...Acu dengan cegeng nye sorang2 senyum jek lah balik..senyum kambing...

Sampai je giliran Acu.. masuk la sembang2 dengan doctor ape masalah2 nye kan.. Doctor ni pun suruh lah baring... errrkkkk !! mcm takut lah pulak hehe ... So dia pon dok tekan2 perut nye pon... Rasa macam telah di nodai lah pulak... doctor tu dah la lelaki... Ohhmaiiii..dia kata perut tak ada ape2 masalah... fuhhhh lega !!

so dia pon ada la kasi satu ubat...dia kata makan selama sebulan .. dan 3 bulan seterusnya makan ubat yang sama.. Kalau tak oke jugak tak tahu la dia nak bagi ubat ape pulak... Susah bebenor rase nye..


Maka sekali lagi rutin harian ku kena makan ubat... Berapa banyak dadah nak ade dalam badan Acu ni. Huhhhhhh..... xbaik mengeluh kan .... Tak kurusnya jugak makan ubat pun...Kan best kalau telan ubat hari2 lepas tu boleh kurus... !! memang hari2 lah kan jumpe doctor tu kan HAHA..

So semalam dapat Mc bukan duduk rumah pun.. berjalan merayap jumpa kawan2 lepas dendam hahaha !!! bukan senang nak dapat MC ni taw.... Sudah nya kita jugak yang kepenatan... Maka itulah yang berlaku..

Hari ni rasa macam tak sihat pulak hurmmm.... makan pon rasa nak muntah balik !! kenapa dengan Acu ni? Apakah effect dr ubat yang Acu makan??


Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Sarapan didalam kereta pagi hari...




Hai korang Alhamdulilah hari ni kita masih di beri kesempatan untuk menghirup udara pagi ini..Macam biasa lah hari ni hari ke tiga Acu praktikal di sini. Kalau nak tahu di mana Acu bermastautin selama enam bulan ni boleh la ke entry sebelum ini..

Hari ni seawal pukul 615am Acu dah gerak dari rumah bersama seorang lagi kawan Acu di sebab kan kena masuk awal terpaksa la hari2 bangun awal sampai sarapan pon tak menyempat. So terpaksa lah makan je dalam kereta walaupun rase nye perkara tu tak pernah kami lakukan sebelum ni hahaa....

Semalam ada berjumpa dengan bos besar so kami di berikan satu projek yang mana satu ke satu system tu kami kena study dan kami kena link kan semua system tu menjadi satu..haaaa nampak macam mudah kan.. untuk tidak mengelirukan korang Acu praktikal sekarang dalam bidang IT programing... So nak kata semua tu menggunakan languange java or what tidak.... tp masih tdk lari lah dr bidang kami..

System ni semua mengguna kan visual basic... nak xnak kena hadap balik lah subject yang suatu ketika dahulu sangat lah Acu tidak berminat . Zaman belajar dulu lah belajar benda VB nie membuatkan Acu rasa asyik nak membute je dalam kelas..

Kalo nama nye programming ia adalah subject yang membuatkan kita menguap kalau tak faham hahhaa....Ntah lah dah di takdir kan Acu untuk mendalami tentang programming..nak tak nak kena hadap kehidupan ini... Even sebenar nya sangat berminat dalam bidang pertahanan negara seperti POLIS , TENTERA dan sebagainya,..

So hari ni dengar kata nya kena pergi ke unit biji benih untuk melihat pergerakan system2 yang ada kat situ.. Tapi sampai saat ni tak ada pon bos panggil lagi..so masih ada masa untuk berjimba2 di blog cun melecun nie hahahahahaha....

Okey lah malas nak mencarut lebih2 sangat ...bagi korang yang nak mendalami atau nak tahu pasal programing ni lebih lanjut insyaAllah next time Acu ceria apa yang berlaku di sini...


bak kate pepatah omputih 
" I'M PROGRAMMER I HAVE NO LIFE"

HAHA so memang no life pon... tak ada mood and tak ada masa untuk fikir kan benda lain lagi kalau dah masuk dunia ni.. so sebelum masuk dunia ni fikir2 kan lah :)


Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Jom berjimba kembali di dunia blogger??.. hehe


hai guys lama sangat tak berjimba dalam blog ni kan... hehe.. Semalam 17 june 2013 adalah hari pertama Acu as student praktikal di PPPTR ( Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak) .

 Alhamdulilah sekarang ni Acu melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu. Now di semester 4. Setakat ni so far so gud la stay sini..But xtahan jugak hari2 pukul 530am dah kena bangun then 630am kena gerak sampai office..Sebab kena masuk office sebelum pukul 730am..Perjalanan dari rumah ke office selama 45m ke 1jam..fuhhhh dekat sangat kan...

Aduhai nak sarapan pun xsempat.. tak ada arah dah la nak tak nak kena hadap ni semua demi masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang.. haaa gitu hahakhak.. 

Buat pengetahuan korang kat sini lah tempat praktikal baru Acu...Dulu masa ambil sijil Acu praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam Cyberjaya.



So kat sini lah hari2 yang mendatang Acuu park kereta comel Acu tu hehe..

Disebabkan terpaksa menjalani praktikal sekali lagi... Maka dengan ini serta rasmi nye Acu terpaksa juga aktif berblogging semula . Dengan rasmi nye blog cun ni bakal di tatap oleh kalian semua... ngeh3...Mana tak nya.. nak online facebook memang xlah kan.. Kalau online pon semata2 untuk publish blog.. kalau tak memang xkan online..

Bukan jenis Acu nak online facebook lama2 di office.. Rosak prestasi cemerlang koi... Haaa gitu bak kata orang pahang.. Hahaha rase diri koya plak.. Best student lah sangat kan...Bagi yang tak tahu maksud koya .. sila google translate sekarang hehe...

So semalam just diberitahu projek ape yang perlu kami lakukan sepanjang berada di sini. Mula2 dia tanya Acu belajar apa di POLI ...?? jawab dengan bangga nye OOP Java languange !! Huhhhhh..... sekali dia suruh buat projek pasal java.. terus cakap tak berapa mahir...cepat2 tukar pada Database system MYsQl haha..

Dengan tak semena Acu kena belajar Visual Basic balik sebab kat office tu tak ada software mysQl..xde arah lah sepanjang duduk sini kena hadap system DBASE... Okey what ?? dari java yang xpaham sepatah haram tu hahaha.....

Apa pun yang terjadi nak tak xnak kena hadap semua ni dengan muka suci lagi tenang.. Okey nanti ada masa kita sembang lagi..Rajin2 la datang blog Acu lagi,. InsyaAllah nanti kita berkenalan lagi yaw.... 




Ehhhh... ade lagi tak blogger yang ingat Acu ni ??? huhhh...





Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Just for funn.. HARUS TENGOK !!


Semalam ade lah malam penting buat kami semua.. Ye lah sebelum habis sem. dan sebelum exam dan sebelum kami semua perlu ke LATIHAN INDUSTRI sem depan nye.

So serba sedikit kami sambut dengan mengadakan sedikit jamuan BBQ bagi meraikan dan mereleastkan tension masing2 sebelum exam.. Ape yang korang harus tengok sekarang ni ade lah video kat bawah ni haha..so jangan lupe komen taw...Enjoyyy !!



Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

TOLONG BERITAHU SI DIA ...



 Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
 Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
 Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

 Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
 Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
 Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

 Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
 Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

 Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
 Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
 Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

 Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
 Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
 Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

 Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
 Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
 Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

 Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
 Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
 Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

 Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
 Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
 Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

 Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
 Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
 Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

 Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
 Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
 Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
 Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

 Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
 Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Jangan pernah merasa anda seorang mempunyai masalah..

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.

Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,

Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.

Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.

Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu. ”

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Lembaran baru kehidupan baru...




Hai dear blogger... and readers ! perghh lama gila rasa nya Acu xpublish entry kan. Kehidupan baru pun makin berubah... Kehidupan korang macam mana? masih baik....?? atau kurang baik..So far so good lah orang putih katakan .

Hari ni Acu nak up entry pasal "BILA CINTA TAK DI HARGAI" lagi2 pasal cinta... Bosan ke? Jangan tipu semua orang pernah bercinta kan..Di sebabkan situasi hati ni xmenentu semenjak dua menjak ni. Rasa terpanggil pulak nak up entry pasal ni.

Okey back to topik kita.Pernah tak korang sukakan seseorang yang terlalu dekat dengan korang??.. Korang memang selalu bersama dalam tak sedar korang jatuh cinta dengan dia. 
Okey berdasarkan kisah benar lah senang cerita. Dalam enam bulan yang lalu. Acu ade mengenali seseorang yang Acu rasa cukup istimewa orang nya.

Acu jumpa dia dalam keadaan yang sangat menyedihkan..bukan menyedihkan jumpa tepi longkang.. hahaha tapi situasi dia masa tu baru je lepas break up dengan kekasih setia hujung nyawa dia lah konon nye kan... 

Di pendekkan cerita kami memang dah lama berkawan dalam 2 tahun yang lalu. Masa kami berkawan tu.. Acu tengah break up dengan kekasih hujung nyawa jugak la.. *please lah hahaha.

Selepas 2 tahun Acu lost contact dengan dia.. Tapi semenjak enam bulan lepas dia Add Facebook  Acu. kami mula mesra macam mula2 kenal. Tapi dalam kemesraan tu.. Ada duka yang di simpan masing2.. Dia mula membuka lembaran cerita.
 
Menangis depan mata Acu. Ape lagi yang mampu Acu lakukan selain simpati. Lama2 simpati bertukar rasa sayang. Dalam tak sedar kami menyimpan rasa rindu. Rasa sayang. 

Di pendekkan cerita Acu meluah rasa. Sampai satu saat pengorbanan yang di lakukan terlalu besar. Dalam tak di sangka dalam masa pendek 6 bulan tu juga . Persahabatan yang di bina selama ni dah terlalu berbeza.. 

Rasa menyesal pon ada. Kami mula bertengkar . Mula bergaduh perkara yang tak masuk akal. Dan dia mula contact orang lain. Ada depan mata pon still layan msg ..layan call orang lain.. Aku ni tunggul agak nye..

Terasa semakin jauh.. tengok komen2 status di facebook sangat menyakitkan hati. Sampai satu tahap Acu rasa tak larat nak gaduh. Acu deactive FB, Tapi still jugak stalker2 dari kawan2...Sama menyakitkan.

Last2 terpaksa meluah rasa. Starting tu jugak Acu ambil keputusan lepaskan dia pergi.walaupun hati ni terseksa. Rasa malas pulak nak cerita benda dah lepas. Tapi tu sebagai contoh cinta yang tak di hargai..Sebagai pengalaman la.

Di sini Acu selitkan sedikit tips untuk melupakan si dia yang tak tahu menghargai. Walaupun mengambil masa.. Tetapi cuba lah.. Sampai bila nak meratap kan???? Masih banyak lagi perkara yang membuatkan kita bahagia dan gembira.

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit .
Nampak macam mudah.. tapi cubalah yakin kan diri. yang korang ni jenis yang berdisiplin. Lupakan segala nye yang menyakitkan hati korang.

2. Jangan Asyik Risau.
Pedulikan ape pun yang dia lakukan. Jangan asyik tahu nak risaukan dia.. Sihat ke dia . ? Makan dah ke dia.. ? Lupakan semua itu. Pentingkan diri itu perlu bila saat tak di hargai. Macam mana dia boleh biarkan korang..Macam tu jugak korang tak perlu risaukan dia.

3. Rajin Bersyukur 
Selalulah mengucap syukur, mungkin ada hikmah nya si dia tak memilih korang kan. Hehe nampak mudah tapi ni lah salah satu terapi diri kita untuk mudah melupakan segalanya.. kita mampu lakukan tapi . Kita jangan lupa untuk meminta pertolongan dari Allah .. kerana Dia lah yang menghadirkan semua rasa ini.

4. Mesti Memaafkan Orang.
Mesti memaafkan si dia. Itu je cara terbaik untuk melepaskan rasa sakit ni. Beb ! hidup ini telalu singkat untuk membenci. Lebih baik kita memaafkan dari menyimpan dendam. betol tak?

5. Ketawa.
Ye ! ketawa dan terus ketawa. Nampak perbuatan tu macam bodoh. Tapi percaya lah . dalam tangisan di hati korang. Bila korang ketawa ... bila korang senyum automatik rasa sedih tu akan berlalu pergi. Walaupun tak banyak... InsyaAllah hati korang rasa tenang.

6. Hati Mesti Keras.
Keras kan hati korang tu ! bukan kerangkan hahaha keraskan. Terap dalam hati . Aku mampu hidup tanpa kau... Hidup ini memerlukan udara bukan nya cinta dari kau... buat apa aku merayu lagi?? Haaa gitu... boleh kan??

7. Hadapinya tapi jangan di layan.
Bila putus cinta selalu nye orang akan mengurung diri dalam bilik. Mula berkelakuan aneh. Makan pon tidak. Yang tahu hanya berendam kan airmata. Sampai rutin harian pun tak terjaga. Memang rasa sedih tu hak milik semua orang. Tapi korang jugak berhak untuk hidup normal seperti orang lain. Lupakan lah segalanya dengan berperingkat.

8. Lepas dan bebaskan diri anda daripada lingkaran derita.
Derita oh derita .. Korang bebas memilih untuk terus derita ataupun bahagia.Semuanya ada dalam pemikiran korang , tidak di pemikiran jiran korang.. rakan korang mahupun makcik kantin sekolah korang.Perasaan duka ini adalah satu perasaan yang sementara. Kalau korang pilih untuk duka ..duka lah yg menjadi teman korang..Tapi jadikan lah semua ini asam garam dalam kehidupan kita.

9. Senaraikan kekuatan dan atasi kelemahan.
Cuba lah senaraikan kekuatan dan kelemahan korang.. Tak banyak pun serba sedikit dah. Okey, kat situ korang boleh nilai di mana silapnya sesebuah perhubungan itu .

10. Gambarkan imaginasi yang menyeronokkan.
Part ni paling Acu suka skali hehee.. Berangan wey..siapa tak suka berangan . Cuba berimaginasi sedaya mungkin.. Dapat jadi kaya ke.. Boleh beli kereta mahal2 lepas tu langgar dia sampai mampos ! haha walaupun idea tu nampak jahat . ..Tapi tu lah hakikatnya cara untuk korang tutp rasa kesedihan itu dan bertukar menjadi kepuasan hati.

11. Wujudkan harapan yang positif.
Perkara yang lepas adalah sejarah dan pengalaman. Mengikut buku sejarah tingkatan 4 .. sejarah yang dah berlaku macam mana pun tak mampu berubah hehe... So wujudkan satu harapan baru.. Sebab hari ini xsama macam semalam .. Esok belum tentu terjadi apa yang korang telah fikirkan pada hari ini.

12. Berhenti mengejar si dia.
Yang ni paling penting... berhenti mengejar bayang - bayang si dia yang mungkin tengah berbahagia yang mungkin tengah derita menyesal tak terima cinta kau dulu hehe..So ramai2 lah berpijak di bumi yang nyata. Dengan cara kau sms dia. Call dia... tolong lah.. ! bukan itu cara nya... Silap besar bila korang mula buat perkara2 bodoh macam tu. Tu akan membuatkan dia bertambah benci dengan korang .

13. Berhenti jadi stalker.
Berhenti lah jadi stalker si dia.. Korang stalker dia sama macam korang merimaskan si dia. Stop tengok facebook dia.. twiter blog instagram bbm ..segala yang berkaitan dunia maya ni. Perkara itu akan lebih menyakitkan jiwa korang. Lebih bagus xpayah berFB bertwiter bagai.. Deactive semua akaun dan belajar lah dekat kan diri dengan ALLAH. 

14. Jauhkan diri.
Mulakan menjauhkan diri daripada si dia. Seboleh nye jangan pernah balas sms yang si dia bagi. Jangan pernah sesekali pick up call dari si dia. Ini akan membuatkan korang makin susah untuk melupakan si dia. Pedulikan segala rayuan si dia.

15. Padamkan kenangan.
Ha !! step ni paling susah gila kucing lah nak lakukan. Cuba padam no telefon dia. Sms dari dia . Koyak semua gambar si dia. Padam semua kenangan di dalam lappy handphone facebook twiter blog...Senang cerita senang kerja.. format terus segala nya. Haha benda tu lah yang akan buat korang teringat2 kan dia. Kalau korang simpan bermakna korang masih menaruh harapan untuk memiliki dia. Ini adalah satu angan yang paling Acu tak suka.. Korang berangan benda yang dah pasti akan mengecewakan. So stop berharap !!!... hahh marah gitu ~

16. Berkawan lah seramai mungkin.
Kawan jugak lah yang mampu kita cari time kita susah. Tapi pesanan Acu jangan silap memilih kawan. Nampak baik.. nampak macam pendengar yang setia. So memilih kawan sama macam memilih  teman hidup perlu berhati2.. Takut nanti keluar mulut musang masuk mulut naga pulak hihihi ~ renung2 kan selamat beramal...

17.Menangis.
Menangis lah semahu yang korang mahu . Jika itu yang membuat korang rasa lega.

19. Sibukkan diri 
Sebagai manusia normal korang mesti ada tugasan sendiri kan.. Walaupun sedikit sebanyak masa korang berkerja , study or buat sesuatu mesti teringat - ingat tentang si dia. Cuba tenangkan diri korang...cuba muhasabah diri korang.. 

P/S : So Acu harap entry kali ni banyak memberi manfaat pada korang. Hakikat nye bercinta setinggi mana pon perpisahan tu tetap terjadi dalam kehidupan seharian kita. Bersyukurlah kita masih mempunyai rasa untuk disayangi menyayangi membenci..dari insan yang tak punya perasaan.

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Review kenangan tahun 2012

Tahun 2012 Acu rasa tak banyak yang menarik seperti tahun 2011. Keadaan Acu masa tahun 2012 sangat lah stabil. Cuma masuk tahun 2013 ni dah start semakin tak stabil.. Okey malas nak cerita pasal tahun 2013 just nak review kenangan2 indah masa tahun 2012...
hurmmm seingat Acu masa awal tahun just okey . Masuk sem last . Sem 4 di kolej komuniti bentong .Alhamdulilah dah graduate pon. Selamat menamatkan pengajian kami disini..

Lepas je habis stady tu.. Dalam sebulan je Acu just duduk rumah,,, Nak rehat2 lah katakan . Dan pada bulan 8. Acu menunaikan umrah Acu yang pertama. Alhamdulilah murah pulak rezeki kali ni. Tahun lepas dah terlepas peluang . Arwah ayah semangat ajak tapi masa tu belum bersedia lagi. Tapi tahun ni siap raya dekat sana lagi.. Ya Allah seronok tak terkata...






Mungkin susah aku nak lupa kan tahun 2012 ni.. Banyak jugak kenangan manis.. Paling manis dapat berdiri depan makam Rasulullah.. Tak dapat nak gambar kan dengan kata - kata perasaan masa tu. Lepas jek balik umrah seminggu lepas tu lah tak silap kena pergi kursus TELCO memang xsempat nak bermanja dengan mak lah kan. Start form 1 lagi Acu dah jarang stay rumah.. hehe.. Alhamdulilah rezeki Allah.

10 hari Acu dekat sana..Macam2 ilmu tentang telekomunikasi... tentang networking.. Aishhh macam2 lah . Nama pon bidang IT. Sangat lah meluas bidang nye..



Lepas je training 10 hari untuk pemilihan pekerja terbaik. Acu terpilih salah seorang bekerja di syarikat telco.. Lepas je training tu dalam seminggu je duduk rumah.. Lepas tu angkut lagi barang tinggal kan pahang.

Bermula lah kehidupan sebagai pekerja.. Last bekerja pon masa SPM n masa LI . Acu kena kerja jadi admin dekat Damansara Damai.. Byk pahit dari senang nye mase bekerja ni. Masa tu baru lah rasa duit tu keluar macam Air... Banyak sangat duit habis huhu..Tapi Alhamdulillah ada pengalaman bekerja sekurang2 nye hehe...

Tak lama pun Acu kerja.. Malas sebab Acu sorang je perempuan yang bekerja dekat Office tu . Acu ni dah la pemalu..haha...Konon nye lah pemalu kan. So tak lama jugak lepas kerja tu. Dapat sambung belajar lagi . Dalam DIP IT PROGRAMING.. Oh Tuhann...terus teruja sampai menangis2... hehe..

Dan Alhamdulillah sekarang Acu di POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN TERENGGANU.Aishhhh jadi orang terengganu pulak lah aku Hehe... Dan bermula kehidupan student pada akhir tahun 2012...





Doakan Acu dekan pada tahun 2014 ye Kawan2.... Lama kan dah  tak update blog.,.. InsyaAllah kalau ada masa ... Acu update lagi... :)


Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ