Lembaran baru kehidupan baru...




Hai dear blogger... and readers ! perghh lama gila rasa nya Acu xpublish entry kan. Kehidupan baru pun makin berubah... Kehidupan korang macam mana? masih baik....?? atau kurang baik..So far so good lah orang putih katakan .

Hari ni Acu nak up entry pasal "BILA CINTA TAK DI HARGAI" lagi2 pasal cinta... Bosan ke? Jangan tipu semua orang pernah bercinta kan..Di sebabkan situasi hati ni xmenentu semenjak dua menjak ni. Rasa terpanggil pulak nak up entry pasal ni.

Okey back to topik kita.Pernah tak korang sukakan seseorang yang terlalu dekat dengan korang??.. Korang memang selalu bersama dalam tak sedar korang jatuh cinta dengan dia. 
Okey berdasarkan kisah benar lah senang cerita. Dalam enam bulan yang lalu. Acu ade mengenali seseorang yang Acu rasa cukup istimewa orang nya.

Acu jumpa dia dalam keadaan yang sangat menyedihkan..bukan menyedihkan jumpa tepi longkang.. hahaha tapi situasi dia masa tu baru je lepas break up dengan kekasih setia hujung nyawa dia lah konon nye kan... 

Di pendekkan cerita kami memang dah lama berkawan dalam 2 tahun yang lalu. Masa kami berkawan tu.. Acu tengah break up dengan kekasih hujung nyawa jugak la.. *please lah hahaha.

Selepas 2 tahun Acu lost contact dengan dia.. Tapi semenjak enam bulan lepas dia Add Facebook  Acu. kami mula mesra macam mula2 kenal. Tapi dalam kemesraan tu.. Ada duka yang di simpan masing2.. Dia mula membuka lembaran cerita.
 
Menangis depan mata Acu. Ape lagi yang mampu Acu lakukan selain simpati. Lama2 simpati bertukar rasa sayang. Dalam tak sedar kami menyimpan rasa rindu. Rasa sayang. 

Di pendekkan cerita Acu meluah rasa. Sampai satu saat pengorbanan yang di lakukan terlalu besar. Dalam tak di sangka dalam masa pendek 6 bulan tu juga . Persahabatan yang di bina selama ni dah terlalu berbeza.. 

Rasa menyesal pon ada. Kami mula bertengkar . Mula bergaduh perkara yang tak masuk akal. Dan dia mula contact orang lain. Ada depan mata pon still layan msg ..layan call orang lain.. Aku ni tunggul agak nye..

Terasa semakin jauh.. tengok komen2 status di facebook sangat menyakitkan hati. Sampai satu tahap Acu rasa tak larat nak gaduh. Acu deactive FB, Tapi still jugak stalker2 dari kawan2...Sama menyakitkan.

Last2 terpaksa meluah rasa. Starting tu jugak Acu ambil keputusan lepaskan dia pergi.walaupun hati ni terseksa. Rasa malas pulak nak cerita benda dah lepas. Tapi tu sebagai contoh cinta yang tak di hargai..Sebagai pengalaman la.

Di sini Acu selitkan sedikit tips untuk melupakan si dia yang tak tahu menghargai. Walaupun mengambil masa.. Tetapi cuba lah.. Sampai bila nak meratap kan???? Masih banyak lagi perkara yang membuatkan kita bahagia dan gembira.

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit .
Nampak macam mudah.. tapi cubalah yakin kan diri. yang korang ni jenis yang berdisiplin. Lupakan segala nye yang menyakitkan hati korang.

2. Jangan Asyik Risau.
Pedulikan ape pun yang dia lakukan. Jangan asyik tahu nak risaukan dia.. Sihat ke dia . ? Makan dah ke dia.. ? Lupakan semua itu. Pentingkan diri itu perlu bila saat tak di hargai. Macam mana dia boleh biarkan korang..Macam tu jugak korang tak perlu risaukan dia.

3. Rajin Bersyukur 
Selalulah mengucap syukur, mungkin ada hikmah nya si dia tak memilih korang kan. Hehe nampak mudah tapi ni lah salah satu terapi diri kita untuk mudah melupakan segalanya.. kita mampu lakukan tapi . Kita jangan lupa untuk meminta pertolongan dari Allah .. kerana Dia lah yang menghadirkan semua rasa ini.

4. Mesti Memaafkan Orang.
Mesti memaafkan si dia. Itu je cara terbaik untuk melepaskan rasa sakit ni. Beb ! hidup ini telalu singkat untuk membenci. Lebih baik kita memaafkan dari menyimpan dendam. betol tak?

5. Ketawa.
Ye ! ketawa dan terus ketawa. Nampak perbuatan tu macam bodoh. Tapi percaya lah . dalam tangisan di hati korang. Bila korang ketawa ... bila korang senyum automatik rasa sedih tu akan berlalu pergi. Walaupun tak banyak... InsyaAllah hati korang rasa tenang.

6. Hati Mesti Keras.
Keras kan hati korang tu ! bukan kerangkan hahaha keraskan. Terap dalam hati . Aku mampu hidup tanpa kau... Hidup ini memerlukan udara bukan nya cinta dari kau... buat apa aku merayu lagi?? Haaa gitu... boleh kan??

7. Hadapinya tapi jangan di layan.
Bila putus cinta selalu nye orang akan mengurung diri dalam bilik. Mula berkelakuan aneh. Makan pon tidak. Yang tahu hanya berendam kan airmata. Sampai rutin harian pun tak terjaga. Memang rasa sedih tu hak milik semua orang. Tapi korang jugak berhak untuk hidup normal seperti orang lain. Lupakan lah segalanya dengan berperingkat.

8. Lepas dan bebaskan diri anda daripada lingkaran derita.
Derita oh derita .. Korang bebas memilih untuk terus derita ataupun bahagia.Semuanya ada dalam pemikiran korang , tidak di pemikiran jiran korang.. rakan korang mahupun makcik kantin sekolah korang.Perasaan duka ini adalah satu perasaan yang sementara. Kalau korang pilih untuk duka ..duka lah yg menjadi teman korang..Tapi jadikan lah semua ini asam garam dalam kehidupan kita.

9. Senaraikan kekuatan dan atasi kelemahan.
Cuba lah senaraikan kekuatan dan kelemahan korang.. Tak banyak pun serba sedikit dah. Okey, kat situ korang boleh nilai di mana silapnya sesebuah perhubungan itu .

10. Gambarkan imaginasi yang menyeronokkan.
Part ni paling Acu suka skali hehee.. Berangan wey..siapa tak suka berangan . Cuba berimaginasi sedaya mungkin.. Dapat jadi kaya ke.. Boleh beli kereta mahal2 lepas tu langgar dia sampai mampos ! haha walaupun idea tu nampak jahat . ..Tapi tu lah hakikatnya cara untuk korang tutp rasa kesedihan itu dan bertukar menjadi kepuasan hati.

11. Wujudkan harapan yang positif.
Perkara yang lepas adalah sejarah dan pengalaman. Mengikut buku sejarah tingkatan 4 .. sejarah yang dah berlaku macam mana pun tak mampu berubah hehe... So wujudkan satu harapan baru.. Sebab hari ini xsama macam semalam .. Esok belum tentu terjadi apa yang korang telah fikirkan pada hari ini.

12. Berhenti mengejar si dia.
Yang ni paling penting... berhenti mengejar bayang - bayang si dia yang mungkin tengah berbahagia yang mungkin tengah derita menyesal tak terima cinta kau dulu hehe..So ramai2 lah berpijak di bumi yang nyata. Dengan cara kau sms dia. Call dia... tolong lah.. ! bukan itu cara nya... Silap besar bila korang mula buat perkara2 bodoh macam tu. Tu akan membuatkan dia bertambah benci dengan korang .

13. Berhenti jadi stalker.
Berhenti lah jadi stalker si dia.. Korang stalker dia sama macam korang merimaskan si dia. Stop tengok facebook dia.. twiter blog instagram bbm ..segala yang berkaitan dunia maya ni. Perkara itu akan lebih menyakitkan jiwa korang. Lebih bagus xpayah berFB bertwiter bagai.. Deactive semua akaun dan belajar lah dekat kan diri dengan ALLAH. 

14. Jauhkan diri.
Mulakan menjauhkan diri daripada si dia. Seboleh nye jangan pernah balas sms yang si dia bagi. Jangan pernah sesekali pick up call dari si dia. Ini akan membuatkan korang makin susah untuk melupakan si dia. Pedulikan segala rayuan si dia.

15. Padamkan kenangan.
Ha !! step ni paling susah gila kucing lah nak lakukan. Cuba padam no telefon dia. Sms dari dia . Koyak semua gambar si dia. Padam semua kenangan di dalam lappy handphone facebook twiter blog...Senang cerita senang kerja.. format terus segala nya. Haha benda tu lah yang akan buat korang teringat2 kan dia. Kalau korang simpan bermakna korang masih menaruh harapan untuk memiliki dia. Ini adalah satu angan yang paling Acu tak suka.. Korang berangan benda yang dah pasti akan mengecewakan. So stop berharap !!!... hahh marah gitu ~

16. Berkawan lah seramai mungkin.
Kawan jugak lah yang mampu kita cari time kita susah. Tapi pesanan Acu jangan silap memilih kawan. Nampak baik.. nampak macam pendengar yang setia. So memilih kawan sama macam memilih  teman hidup perlu berhati2.. Takut nanti keluar mulut musang masuk mulut naga pulak hihihi ~ renung2 kan selamat beramal...

17.Menangis.
Menangis lah semahu yang korang mahu . Jika itu yang membuat korang rasa lega.

19. Sibukkan diri 
Sebagai manusia normal korang mesti ada tugasan sendiri kan.. Walaupun sedikit sebanyak masa korang berkerja , study or buat sesuatu mesti teringat - ingat tentang si dia. Cuba tenangkan diri korang...cuba muhasabah diri korang.. 

P/S : So Acu harap entry kali ni banyak memberi manfaat pada korang. Hakikat nye bercinta setinggi mana pon perpisahan tu tetap terjadi dalam kehidupan seharian kita. Bersyukurlah kita masih mempunyai rasa untuk disayangi menyayangi membenci..dari insan yang tak punya perasaan.

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Comments
0 Comments
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

Tiada ulasan:

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ