Bila hati sunyi.... PENAWARNYA??

             Sepi.....kadang-kadang kita akan berasa sepi di tengah-tengah keriuhan. Dengan tidak semena-mena dan tidak tahu punca, hati rasa sepi. Sepi boleh melanda sesiapa saja. Bila sepi hadir, dengan tidak sengaja air mata mengalir ke pipi....

            Pernah tak korang rasa macam sunyi sepi keadaan sedangkan korang berada di dalam keriuhan orang ramai. Kadang - kadang rasa jiwa mati.... rasa macam jasad dah tak da,.  Hati ke mana... Jasad entah ke mana..... Salah diri kita kah ??

             Pasti nya perasaan tu sesiapa pun akan rasa bukan.. ?? Ada yang datang diantara yang pergi, seperti halnya ada yang sepi diantara yang ramai. Demikian sepotong ungkapan yang mengena untuk diri Acu disaat menulis entry kali ini.

                 Rasa macam pelik pun ada bila menulis tentang sunyi. YA ! inilah yang Acu rasakan saat ini. Mari kita kongsi dan cari penawar bersama - sama. Ada yang bertanya, pernahkah Acu sunyi Jawapan Acu, pernah dan banyak kali..... Korang semua pernah rasa?? Macam mana korang atasi ..??

               Acu juga manusia seperti kalian. Perasaan ini muncul dan berganda apabila Acu berjalan sendirian. Ketika itulah Acu bermonolog sendiri didalam hati. Sunyinya saya. Sedangkan hidup Acu xpernah di biarkan. Selalu di dampingi di sayangi oleh orang sekeliling yang ingin melihat kebahagiaan Acu tapi kerana tamaknya hati dan rindukan kehidupan masa lalu, sunyi berubah pada sedih. 

               Inilah penyakit yang dinamakan tidak bersyukur, Merasakan tidak pernah sempurna. Sehingga terlupa banyak lagi perkara yang mampu membuat kita tersenyum. Kadangkala Acu sendiri tidak mampu menafsirkan perasaan itu. Ia hadir dan berlalu pergi. 

                   Apabila sunyi inilah, Acu mula rindu gelak tawa keluarga, adik-beradik dan anak2 saudara... Sangat merindukan family di kampung. Namun perasaan ego yang menguasai ini langsung tak rasa nak contact mereka semua bertanya khbar, ape salahnya luangkan masa sedikit berbual panjang. Tapi Acu cuma call tanya khabar .. selepas tu letak dan hari berikutnya.. call bertanya soalan yang sama tak berbual lama. Hati rindu tapi ego...


                Semua pernah rasakan macam Acu rasakan sekarang... tapi sunyi yang bagaimana? Kesunyian yang mana kita rasa semua orang menjauh kita dan mungkin terasa semua orang tidak menyayangi kita. Seperti kita rasakan kita hidup tanpa sokongan teman, padahal hakikatnya ramai yang mendoakan kita tanpa kita menyedarinya. 

             Semua ini mainan syaitan. Syaitan menyibukkan kita supaya melayani perasaan agar kerja menambah pahala tergendala. Tukarkan segala bisikan itu menjadi satu dorongan positif. Katakan pada diri, sebenarnya syaitan itu cemburu untuk melihat diri menjadi manusia yang hebat dan kuat bila menghadapi segala masalah dan persoalan.

Kalaulah kita rasa sunyi tanpa kawan maka tugas kita adalah mencari kawan. Kawan yang mampu mengingatkan kita pada Allah dan faham akan tujuan kita hidup di muka bumi.

Acu selalu mengubat kesunyian-kesunyian itu dengan mendidik diri bahawa Acu memang akan sendiri, berteman sepi di alam kubur nanti. Paling penting kalau takut kehilangan seseorang kita perlu bersedia kerana setiap apapun yang kita lakukan hanyalah pinjaman dari Allah . Menentang ataupun tidak ianya tetap milik abadi Allah.

Bersyukurlah masih dipinjam kan orang-orang yang membahagiakan biarpun orang itu semua datang silih berganti berbeza sifat. Sekurang- kurang kita tidak sendiri. Jadi bila sunyi penawarnya cukup ringkas. Duduk sendiri . istigfar panjang- zikir perlahan - lahan . Ambil wuduk dan solat. Selesai solat cubalah ukir senyuman. Dan carilah kebahagiaan baru. Jangan terusan biarkan syaitan menguasai diri kita :)

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

Comments
2 Comments
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

2 ulasan:

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ