PERINGATAN UNTUK SEMUA : tanda - tanda kecil telah sempurna..

PERINGATAN DAN MUHASABAH DIRI UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG ACU...

Disaat kita sedang lena tidur, ketika itulah kiamat akan datang, dan kite semua akan kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir...kongsi kan lah ilmu ini bersame2... manusia sering lupa..begitu jugak aku...tanda2 kecil yg telah sempurna..


1) Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
  • “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
  • “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
  • “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
  • “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
  • “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
16) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.
  • Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawap; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.
  • LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN WANITA MENYERUPAI LELAKI seperti di zaman nabi luth.. (gay dan lesbian )
17) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
  • Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan faqir dan pengembali kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.

Kini.. Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslim)

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat..

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


          Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw.bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yangmengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.

           Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akanmerosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. 

          Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

sumber : cahayaislam.net
sumber : google
p/s : renung2kan selamat beramal

Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

cerpen : MONOLOG jangan lupa namaku!


Amni !
Pagi tadi Abg xtahu kenapa abg ingat pada Amni..Honestly Abg memang xdapat melupakan Amni..setiap kali Abg teringatkan Amni..Abg dpt rasa mata Abg berkaca..

Mungkin Amni xdapat rasakan,sebab Amni dah punyai insan lain,pilihan hati Amni.dan Amni sendiri cakap ,keluarga Amni sukakan dia.Abg xtahu mengapa Abg memikir kan tentang kematian..Kalau Amni dah xde ..ade ke orang akan sampai kan pada Abg..?? kalau Abg dah xde nanti,,,ade ke org akan sampaikan berita ni pada Amni..?

10 tahun bukan satu masa singkat kan sayang..?? Andai satu masa nanti Abg sakit,ada ke orang akan sampaikan pada Amni..??Abg xtahu kenapa hari ini sekali lagi air mata Abg menitis,mengingati kenangan lalu..Abg xmengharap apa apa pun dari Amni..Kerana dari dulu Abg mahukan kebahagiaan ini Amni...

Abg xpernah salahkan takdir atas perpisahan ini..sebab kita xmungkin dapat bersama..cuma andaikata sesuatu musibah berlaku pada Amni ..even Amni kelihatan cacat keji di mata orang lain..Andaikata muka Amni berubah menjadi buruk sekali pun,dan saat itu,tiada lagi insan yang mampu menjaga Amni..Amni ingat lah satu nama yang selalu ada sewaktu Amni susah dan senang suatu ketika dahulu "MOHD ERSHAD HAMDI".

Penghujung 2011 semakin hampir ,maka kita akan tinggalkan kenangan kita...seawal perkenalan kita pada tahun 2001 sehingga 12 may 2011,biarpun tahun berganti tahun,perasaan kasih sayang ini tidak pernah pudar.

Tujuan Abg coret kan bingkisan ini,Andaikata Abg tdk sempat bagitahu Amni tentang ini,Abg harap ada yg sampaikan pada Amni,..



Amni !
kali terakhir Abg merasa bahagia adalah pada ulang tahun kelahiran Amni,sewaktu itu kita keluar,pakai baju sama.Abg layan Amni sebaik-baiknya.Abg cuma nak Amni happy pada hari lahir Amni..Abg belikan Amni handphone baru..Abg belikan baju couple untuk kita,,Abg belanja Amni makan .Abg belikan ape yang sahaja yang Amni mahukan..ternyata Amni sangat gembira kan..??

Tahun sebelum nya Abg xdapat balik ke kampung untuk sambut hari kelahiran Amni,tapi Abg xpernah lupa kan..?? Abg pos kan ..kirim kan hadiah untuk Amni.Abg bukan nak mengungkit,cuma Abg suka tgk Amni bahagia.Abg takkan mintak balasan untuk semua ini.

Amni !
Maaf kan Abg andaikata selama perhubungan dulu, Abg marah-marah Amni,halang Amni buat itu ini..halang Amni keluar sana sini,,Abg cuma nak yang terbaik buat Amni.Tapi xpelah macam Abg bagitahu Amni tadi..Andaikata satu masa nanti
tiada lagi orang peduli tenatang Amni..Amni ingat lah satu nama,dan Amni carilah Abg

Abg akan menjaga Amni,walau waktu itu,macam mana sekali pun keadaan Amni..Abg dah janji kan nak jaga Amni..?? Even Abg dah lepaskan Amni dgn ikhlas,tak bermakna Abg lupa janji Abg.

Sekarang Amni ada Dia kan..? Abg harap Dia xsakiti Amni..Abg harap Amni juga xsakiti Dia mcm mana Amni telah sakiti Abg dulu.hurmmm Amni..?? andaikata  saat Amni perlukan Abg ..Abg tiada masa tu..Amni jangan lupakan Abg ye..??

Amni cakap Amni suka tgk mata Abg..Abg pula suke tgk bibir Amni saat tersenyum... Abg mohon Amni jangan sedih kalau Abg dah tiada nanti ..Amni jangan nangis,nanti Abg sakit..Amni ..sekali lagi Abg mintak maaf atas coretan ini,Abg bukan pohon simpati Amni..



Abg cuma nak Amni tahu, Abg xpernah lupa kan Amni.Sekarang dah bulan 12..dah lama masa berlalu,sepanjang waktu tu jugak Abg xpernah gantikan siapa siapa di hati Abg..Sebab ruang tu hanya untuk Amni..


Ye hanya untuk Amni seorang..sebab tu sampai sekarang Abg xmencari pengganti..sbb Abang xnak sakiti hati siapa siapa..Abg tahu sakit nya..perit nya macam mana di tipu..Hurmm Amni terlalu byk yg bermain di fikiran Abg..Abg xmampu coret kan segalanya di sini..Abg nak Amni pejam kan mata seketika.. 

Ingat lah satu wajah yg sering buat Amni ketawa suatu ketika dahulu.,,Abg rindu kan kenangan kita..tapi xmungkin kita dapat bersama..Abg ximpikan untuk mendapat kan Amni kembali..Abg xnak Dia terluka..Cuma jika Suatu masa nanti ..Amni dah bersedia untuk bersedudukan dgn Abg..Abg ada untuk menjaga Amni...Walau pun kita bukan lagi sepasang kekasih..Abg cuma nak jaga Amni..

Januari semakin hampir..ntah lah mungkin Amni dah lupa kan kenangan kita semua..Mungkin Amni dah lupa kan hari lahir Abg kan..?? Abg pun xtahu lah bagaimana nak ucap hari lahir Amni,..Apekah Abg patut kirim kan hadiah semua pada Amni..??? hurmm mungkin setiap kali hari lahir Amni ..Abg akan belikan sesuatu,dan Abg simpankan untuk Amni..

Kenapa Abg xbagi sendiri hadiah2 tu semua pada Amni..?? sebab Abg xpunyai kekuatan untuk lihat Amni di samping orang lain..Abg xpunya kekuatan untuk berjumpa dgn Amni..Hujung bulan ni Abg akan pulang ke kampung untuk kemas semua barang yang Amni bagi dahulu..Abang akan simpan elok - elok di dalam kotak.. 

Abg xkuat nak tengok semua itu.. Abg takut barang-2 itu akan rosak..Jadi abg  buat keputusan untuk simpan semua barang-2 tu dalam kotak..seperti mana Abg simpan cinta Amni dalam hati Abg..


Amni ! 
Abg masih ingat senyuman manis Amni..
Abg masih ingat suara manja Amni..
Abg masih ingat Amni ketawa bersama Abg..
Abg masih ingat saat mata itu memandang Abg sayu..
Abg masih ingat saat mata itu menangis suatu ketika dahulu kerana takut kehilangan Abg..
Abg masih ingat tangan memegang erat jemari Abg..
Abg masih ingat tangan itu saat abg menyarung cincin pertunangan kita..
Abg masih ingat tangan itu saat memeluk tubuh Abg..
Abg masih ingat tangan itu menyuap sesuatu ke mulut Abg ..
Abg masih ingat Amni...Abg masih ingat saat tangan itu mengesat air mata abg suatu ketika dahulu..

Tapi hari ini Abang menangis sendirian.. Abg takut xsempat jumpa Amni ...Abg takut Abg xsempat sampai kan semua ini pada Amni..Abg takut nanti Abg tiada siapa yg mahu jaga Amni jika Dia tinggal kan Amni..

Hurmm ..Amni segala nya masih kuat di ingatan Abg..Setiap tempat yg Abg jejaki pasti mengingat kan kenangan cinta kita yg telah terkubur. Amni ingat lah perjalanan hidup masih panjang..dan belum berakhir..Abg harap Amni bahagia dgn keputusan Amni dan keluarga Amni..

Sementara abg disini Akan terus mencari Cinta Ilahi yg lebih hakiki.. Maafkan Abg Amni sekiranya saat Amni membaca coretan ini..Abg tiada lagi di sisi Amni.. Abg pergi mencari hakiki buat diri Abg...cuma Satu pesan Abg ... 

JANGAN LUPA NAMA KU !


"AMni.. sudah lah tu ..jangan menangis di sini..xbaik meratap macam ni ..seksa arwah..oke lah Abg tunggu Amni di dalam kereta ye"

Tersedar dari lamunan ..surat yg di baca di genggam erat.. 

"Abg maaf kan Amni.. Amni tidak akan melupakan satu nama itu... Abg antara yg terbaik buat Amni..doa Abg termakbul..Amni bersyukur..Dia sangat baik buat Amni..Abg pergilah dgn tenang dan damai..Amni minta maaf untuk segalanya..TERIMA KASIH ABG..KERANA TELAH MEMAHAT KAN NAMA AMNI KEKAL ABADI DI HATI ABG..semoga roh Abg di tempat kan di kalangan orang beriman ..Amni Sayang Abg "



Amni melangkah pergi... Ershad satu nama yang xmungkin akan kembali lagi.. Sementara Hafni sedang menunggu di dalam kereta.. Hafni seorang lelaki yang baik.. beliau faham kisah hidup Amni.. biar pun cinta Amni dan  Ershad kekal ke syurga Hafni juga sudah berjanji dengan Arwah Ershad untuk menjaga Amni..

Sebenarnya semasa hayat Ershad telah berjumpa dgn Hafni untuk memulangkan segala barang pemberian Amni dan sepucuk surat..semasa dalam perjalanan pulang dari pertemuan Ershad dan Hafni.. kemalangan telah berlaku..kecederaan serius di kepala telah meragut nyawa Ershad..Hafni menyambung wasiat Ershad..

"Abg kita boleh balik sekarang..?? "
tersentak Hafni dari lamunan...sepanjang perjalan  pulang ke rumah ..mereka hanya diam membisu..mungkin masih dalam terkejut kaget dgn berita kematian Ershad..

*************************************************************************************************************

"DEkat dalam almari tu ada barang pemberian arwah.. dia suruh Abg pulang kan segala nya pada Amni "
"Abg izin kan Amni melihat nya..."
"Abg faham Amni.. Amni pergi lah tengok..Abg izin kan "

Sekali lagi Amni menangis melihat pemberian Ershad.. dalam keadaan sendu ..Hafni menghampiri Amni..seusai memluk tubuh isteri nya..lalu berbisik di telinga Amni

"SAYANG..ABG JANJI BAHAGIA KAN AMNI..kita sama-sama redha kan pemergian Ershad ..Abg janji tunaikan permintaan Ershad pada Abg...rela kan dia pergi dgn tenang Amni"

Hafni mengucup dahi isteri nya lembut ..penuh kasih sayang....





p/s : sedikit sebanyak kisah ni ku ambil dari kisah benar... dan ade jugak yg aku reka sendiri.hehe..btw dah habis baca jgn lupa tinggal kan komen yang membina.. untuk mantapkan lagi penulisan aku dalam bidang cerpen pada masa akan datang..

4:42 pm 8/12/2011




Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

imPian hari lahir.. *ade korang kesah ke.? (NAJWA LATIF)

khas untuk najwa latif..bukan untuk kau ! haha :

Uuuufhhhh agak lame x mengapdet belog ini.... errr maseh merajuk kot..tapi gua terpanggil untuk menulis impian gua semenjak membawa diri...agak-2 ade ke yg nak layan PERMINTAAN TERAKHIR  gua Sebelum menghabis kan sisa-2 usia remaja ni..?? err

Macam mengharap gila kot...semenjak CInta muka buku kecoh mang aku xde nafsu langsung dgn lagu tu..even kecoh2 dah lagu tu..siap masuk tb radio bagai..eh ade aku kesah ke kat kau budak kecik..?? hingusan ...<------- kang ade kena saman mcm johan neh haha..

Peduli ape aku... k stop mencarut.. btw maseh ingat entry lame aku..?? alah bajet org bace jek kan blog aku ni..?? lain lah mcm cik epal tu .. lysaa faizuren ke..ben ashari ke..?? nampak sgt jeles nye ayat aku nie.. err xsimpati pon..kesian kau..


Semenjak aku jatuh cinta dgn lagu kosong dan only yours dari video ni..


Aku rase sgt teruja dgn suare budak ni..serius ly sgt unik..err sentap doh aku dga lagu kosong dari dye..nak-2 pulak tgh putus cinte time tu kan.. banyak kot semangat yg aku dapat dari lirik lagu beliau... tenks adik comel ! Ah bajet mak aku lahir kan dye sebagai adik aku plak..haha..

Heshh !!... selepas tahu lagu nie..mule lah menyangap asik dok ulang-2 je lagu ni.. mule lah sesi mencari mp3 beliau...tapi yang menyedih serta meruntun hati..aku xjumpe ... arghh !! mule lah rase nak marah kan.. gua stresss..!! err

Tapi di sebab keminatan aku <------ bahase ape pon xtahu.aku pon sanggup rakam guna fon..punye lah minat kan... btw aku xtahu..mybe ramai kot xtahu lagu ni..atau pon aku yg ketinggalan mendengar lagu ni..sbb aku ni memey x up to date..haha

Nak-2 pulak xlame lepas tu member gua nganjeng jumpe budak ni kan... err bahase pon dah xbetull..sekejap gua sekejap aku..teruja xhabis..menggelabah lah kau teyha !! err

  
oke sila jeles *masa ni najwa pergi kuala lipis pahang

Err budak kecik ni banyak lagu dye kan ..carta hati la..muka buku la ..bla bla bla... aku xkesah bape banyak lagu kau..yang aku tahu aku minat lagu kosong dan only yours..
..

Errrkkkk.. aah entry ni mang aku nak cite sal budak ni je pon..dan tujuan utama aku..aku nak jerit.."ADIK NAJWA LATIFF BOLEH TAK NYANYIKAN LAGU NI PADA BIRTHDAY AKAK YG KE 20 NANTY..??" berharap sgt ni..eh mengade nye aku.. tinggi melangit kan impian aku... errr.. ntah lah... teringin sgt...makin tue ni makin mengade-2 impian nye kan...

Nak jumpe retiss berangan bagai lak aku ni..teha ! sedar sikit.. ishhhh xtahu xtahu xtahu.. agak2 kau nak layan aku x..?? hurmm ntah lahhh ... oke bye ! sambung merajuk..


p/s : hopes sape-2 yang bace ni.. dan rapat dengan najwa..dan ada contact no dye..sile2 kesian kan permintaan aku..kalau lah aku mati sebelum jumpe budak ni..mesti najwa nyesal gile kan ..xtunai kan permintaan aku..? err egt dye kesah..

*hopefully..sampai termimpi-2..kalau dapat dye wisshh melalui call pon jadik la ..err








Thanks sudi baca habis..Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Jika entry kali ni best.. Anda mesti Like okey ?

© Segala yang tercatat di atas adalah hak milik kekal ツ tEyhasAhajE ツ